BabY CoMeL

Purple Bow Tie

Thursday

Aliff Aziz;Hao Ren - Dilema Cinta

suKe sangat2 lagu nYh..
Alif aziz nan Hao Ren due2 Encem..hahahhaha
best3...




Lirik Lagu Dilema Cinta -Aliff Aziz ft Hao Ren

Yo, yea..
Hao ren.. wo.. hu..
Hu.. Aliff Aziz.. yea..

Seharusnya ini tak perlu terjadi
Terjadi di saat aku pergi
Namun ku sedari kelemahan diri ini
Kelamaan dia sendiri

Verse 2:
Tiada yang sanggup selain diriku
Meredakan sepi dan rasa ragu
Makin ku mengerti kelemahan diri ini
*Dia biarkan ku jatuh hati

Ku percaya pada rasa
Lama-lama jatuh cinta
Menggetarkan perasaan meski tahu dia sudah
Tak sendirian lagi dan tengah menanti
Kekasih hati yang tengah jauh

Betapa ku tak mampu melepaskan dirinya
Dia tak terganti bertakhta di hati
Biarkan dirinya untuk memilih dirimu
Aku tak berdaya tak kuasa

Meski tahu cinta bukan beerti memiliki
Selalu ada hati yang tersakiti
Cinta telah merajai hati
 

link download http://www.4shared.com/mp3/Y48v44Hc/aliff_aziz_ft_hao_ren_-_dilema.html 
Ulang Dari Verse 2:

*Ku biarkan kau jatuh hati

Sambung verse..
Cinta telah merajai hati
Oh.. Hao Ren, yeah
Kinda hurt bro.. I know..
Oh..

Wednesday

Tips3..(PetanDa Yang menunJukKn Dia Jodoh Kita)

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :




1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.


2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.


3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.



4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.



5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.



6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?



7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.



8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.


10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 

Tips3...(puTus CintA)

putus cinta? Jangan bersedih.



Pada permulaanya memang menyakitkan. Kita hilang selera makan, selalu menangis dan terkenang. Jangan terlalu mengikut perasaan.

Memang sakit dan pedih. Saya banyak mengurung diri di dalam bilik dan menangis. Syukur alhamdulillah, pada satu hari, saya terpandang surah Yassiin diatas meja solek. Hati saya tergerak untuk membaca kerana merasa tidak sanggup nak berdepan dengan perasaan sendiri. Harapan saya setelah membaca surah Yasiin hati saya akan jadi tenang.

Dan memang terbukti. Hati saya mula tenang, jiwa mula hilang kesakitan, walaupun tidak sepenuhnya. Mulai saat itu setiap kali selesai sahaja solat fardhu, saya akan membaca surah Yasiin. Kalau dulu, saya akan cepat-cepat meninggalkan sejadah selepas solat, namun sekarang saya merasa tidak lengkap kalau tidak membaca Yasiin. Hati saya sangat tenang dan damai.

Setelah agak tenang, saya mula menghubungi kawan baik saya. Mereka menasihati saya supaya perbanyakkan solat istikarah, dan saya cuba melakukannya. Setelah beberapa kali membuat solat istikarah, tiba-tiba pada satu hari perasaan saya menjadi sangat kuat. Saya rasa seperti Allah SWT telah menyuntik semangat baru pada saya.

Saya tidak lagi menharapkan ‘dia’ untuk datang kepada saya, malah saya juga tidak lagi kisah walau apa pun terjadi kepada cinta saya. Saya bersyukur sangat2. 

Setelah mendekatkan diri kepada Ilahi, saya mula mendapat cinta baru yang lebih suci dan agung iaitu cinta Ilahi. Saya tidak lagi mengharapkan cinta dari seorang lelaki yang belum tentu jodoh kita. Seperti kisah yang pernah saya share sebelum ini iaitu kisah Fatimah Az-Zahrah dan Ali RA, mereka percaya dan yakin dengan jodoh yang Allah SWT tentukan, kita juga perlu begitu. Dan saya juga sedang berusaha kearah itu, berserah dan redha atas ketentuan Allah SWT.

Percayalah kawan-kawan, dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT, kita akan peroleh ketenangan dan kekuatan, malah mendapat cinta yang paling agung. Ingatkan pada diri bahawa jodoh kita telah ditentukan, dan kita perlu berdoa bersungguh-sungguh supaya dipermudahkan.

Kawan saya berkata kepada saya bahawa Allah mungkin sengaja memberi dugaan begitu kepada saya kerana Allah SWT ingin saya dekat dan kembali kepadaNya. Saya setuju, saya kini mempunyai masa untuk membaca Yasiin berbanding dulu, selalu sangat skip. Kini nasihat kawan itu saya tujukan kepada anda.

Jangan bersedih lagi, percayalah Allah SWT bersama-sama kita. Jangan menangis kerana seorang lelaki.

HAng Out nan Ny BFF...hahahahah

waarrgghhh.. welcome back 
hahaha.. lama tak update sejak habis spm hari tu..
rasa macam malas je nak tulis post, padahal banyak event aku pergi...
ceehhh! budget je.. haahha

tau x ny ap... 
tiket ombak rindu..
cbe tengok tarikh skit..
 1/12/2011
hahahhahahahaa..
hari pertame tuh...

cerita terbaru aku... hmmm....
hari rabu lepas, aku pergi mines dengan BFF aku..
best sesangat...!! hahhaha


sebelum nak pergi tu nis dah cakap awal2 dah dengan aku,
yang dye memang tengah kering duit sekarang...
kalau nak pergi pon setakat kajang dye mampu lah kan
sebab duit tambang pergi balik dari semenyih ke kajang total RM 3...
haaaa.. kalau nak ke mines tak mampu den pogi...
hahahh.. memang nis mmg gila2 kering...

tapi tu lah orang kata...
beruntung dapat kawan yang memahami cam ak nYh... 
wahhh!!!!!...
bayangkanlah...
dari wayang, popcorn, makan tgh hari, bowling, g kajang mek nis 
pergi mines semua kawan2 anis yg support ( aku+fairus+wan ...lah tuh,,,,.). hahhahah..
thanks gila2 syima, fairus and wan!!

waktu ny pon aku tgk ombak rindu tw,,
 mengangeh jge..hahahahhah
spe xknal..
ratu air mte nyh..


kami banyak main2 daripada tangkap gambar..
hhahaha.. biasalah, kengkawan lama kalau
dah lama tak jumpa, memang macam perak sikit...
hahhahah 

ok.. ni gambar2 kami yang amik kat facebook..
(gambar ini ditaja oleh kamera samsung aku)
hahhaha.. buat iklan pulak..!




(fairus and aku)



(hanis and aku)



(kami bertiga.. Best Friend Forever After)



(kenangan manis b4 tak jumpa lagi.. hehehe)



(adik aku and wan)


ok... tak banyak pon gambar kami..
nilah kenangan terakhir kami sebelum nak berangkat ke mana2 U nanti..
maybe lepas ni tak dapat jumpe lagi kot..

Lpe lh...
aKu tengok ombak rindu g skli aw kt wayang...
hahahahah...






Tuesday

Ciri2 lelaki idamAn..


Pic My Bf.. 
leLaki Idaman...

  






1. LELAKI YANG PRIHATIN -
Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh  yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan..

2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR -
Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa.



3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA -


Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum   perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja.  Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu.



4. LELAKI YANG BERHATI-HATI -


Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak,   mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!!



5. LELAKI YANG WANGI -


Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi.



6. LELAKI YANG PEMURAH -


Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.



7. LELAKI YANG TIDAK KISAH -


Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!



8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU -


Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila   mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!!



9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN -


Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau   undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan..



10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA -


Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.






Friday

i lOve eVerythIng About you


I love how your personality
draws people in
I love the way you're always here 
and have always been

I love the way you take the time 
to do little things
I love how you care to think twice 
and all the joy you bring

I have great respect 
for your struggle to be you
How you fail and forgive yourself 
in everything you do

I admire the strength you show 
when you have none at all
I love the way you get back up
whenever you happen to fall

I love the way you continue to give
when you have nothing left
I love the way you live with passion
although your goals are not all met

I love how you pursue things 
with your entire heart
And even though you may not succeed,
you try your hardest from the start

I love how you stay positive 
and let nothing in the way
I love how you'll be there with me
each and everyday

And to sum it all up,
I love everything you do
Every little thing...
Everything about you